Archive for November, 2010

orang kaya

Posted: November 30, 2010 in Uncategorized

hari ni aku beli dunhill..

p/s: kenaikan harga rokok menyebabkan sape yang mampu beli dunhill ibarat ade kete BMW sebijik

esok

Posted: November 26, 2010 in Uncategorized

esok lepas paper terakhir, aku nak update blog,tengok saw 7, tengok emma watson dalam movie harry potter, nak main plant vs zombie, nak tengok maria ozawa, seterusnya tido 12 jam…

p/s : budak2 zaman sekarang memang teruk..alangkah bagusnya diisi masa terluang dengan solat sunat, bacaan al-quran, berzikir ngan i’tikaf di masjid…

malas

Posted: November 20, 2010 in Uncategorized

p/s : semakin lama semakin malas nak menulis blog

my girl

Posted: November 19, 2010 in Uncategorized

walaupun baru satu paper aku jawab..tapi hati dah mula rase rindu nak balik..nak jumpa pompuan aku paling sayang..mak aku..

nanti balik..aku nak cium tangan mak aku..

nak baring2 kat riba beliau,

nak tido lagi dibawah ketiak beliau,

nak merengek mintak duit buat beli mainan,

bile pikir balik..semakin besar aku, semakin kurang aku bermanja ngan mak aku..semakin kurang masa aku luangkan masa ngan mak aku..

 

p/s : yes, aku anak bongsu..sebab tu manje..tapi ngan mak aku je la..sebab tu kadang2 abang aku jeles ngan aku time kecik2 dulu..haha..

raye haji penuh makna

Posted: November 16, 2010 in Uncategorized

hmmm…

raye haji kali nampak lebih bermakna bagi aku..kalau anda semua perasan ramai pelajar2 yang tak balik sempena cuti nih disebabkan final exam…same la macam aku..

bagi semua pelajar diluar sana..anggaplah ketidakpulangan anda pada raya ini sebagai satu pengorbanan..jika orang2 diluar sane mengorbankan lembu, kerbau, dan unta..kita disini mengorbankan masa bersama keluarga kerana ingin berjaya dalam exam..

 

p/s : aku berasa formal hari ni..

cyanide & happiness

Posted: November 14, 2010 in Uncategorized

sekarang tengah addicted kat cyanide & happiness..

 

komik:

 

video :

 

p/s : auto-publish

jika ku seorang A. Samad Said

Posted: November 14, 2010 in Uncategorized

rumahku,

masih lagi kukuh berdiri di hutan,

walau bertahun-tahun dilanggar banjir,

tidak satu pun tiang rebah ke bumi,

tatkala anai-anai memamah lantai papan,

aku pula berhempas pulas membuang sarangnya,

…..

rumahku,

pokok duku merajuk tidak berbuah,

2,3 pokok rambutan berdiri megah,

kadang tunduk dicantas pabila musim buah,

kelapa pula tumbuh tinggi berkembar,

akhirnya rebah menjadi tunggal,

…..

rumahku,

masih ku teringat telaga usang itu,

retak berlumut tapi masih berair,

kelihatan juga ayam melilau2 mencari sisa basuhan,

lalu ku lastik kerana bosan,

…..

to be continue….

p/s: serabut pale aku banyak benda kena stadi…